Pengasas ZXMOTO Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tunggang Motosikal Sejauh 40.74KM Atas Air
Pengadil Guinness World Records, Xiong Wen, turut hadir untuk mengesahkan kejayaan tersebut.
Cover image via China DailyFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengasas pengeluar motosikal China, ZXMOTO, Zhang Xue mencipta sejarah apabila berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness World Records selepas menunggang motosikal sejauh 40.74 kilometer (km) di atas permukaan air

Menurut laporan China Daily, pencapaian itu mengatasi rekod terdahulu sejauh 31.8km, sekali gus meletakkan nama Zhang sebagai pemegang rekod baharu bagi jarak terpanjang ditunggang menggunakan motosikal di atas air.
Percubaan itu dilakukan pada kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan di sebatang sungai yang luas di daerah autonomi Mayang Miao, wilayah Hunan, iaitu kampung halaman Zhang.
Dalam cubaan berkenaan, Zhang menggunakan motosikal MX450 keluaran syarikatnya sendiri yang telah diubah suai khas bagi membolehkannya bergerak di atas permukaan air.
Pengadil Guinness World Records, Xiong Wen, turut hadir untuk mengesahkan kejayaan tersebut.
Menariknya, pencapaian itu hadir selepas Zhang menghabiskan masa selama 17 tahun sejak percubaan pertamanya untuk menunggang motosikal di atas air


Ketika percubaan awal itu, dia dilaporkan terjatuh ke dalam air sebanyak empat kali dan hanya mampu menempuh jarak kira-kira 20 meter.
Bagaimanapun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga akhirnya berjaya mencipta rekod dunia baharu.
Kejayaan itu bukan sahaja membuktikan ketekunan Zhang dalam merealisasikan impiannya, malah menjadi satu pencapaian luar biasa dalam dunia permotoran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


