Indonesia Seru Jemaah Umrahnya Untuk Tidak Transit Di Malaysia Atau Singapura

Jemaah negara itu disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan nasional.

Cover ImageCover image via Himpuh & Detik

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Indonesia menyeru jemaah umrah dari negaranya untuk tidak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan transit di Malaysia dan Singapura

​Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak memaklumkan jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan nasional.

Perkara itu dikatakan telah diarahkan bertujuan bagi mengukuhkan ekonomi tempatan selain memastikan keselamatan perjalanan.

"Presiden Prabowo Subianto mahukan kedaulatan ekonomi. Perkara ini turut terpakai untuk pelaksanaan ibadah umrah dan haji.

"Penerbangan terus adalah lebih selamat dari sudut penerbangan, selain dapat mengukuhkan kedaulatan ekonomi negara," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP

Kerajaan Indonesia beri penghargaan terhadap Kerajaan Arab Saudi

Mengulas lanjut, Dahnil turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kerjasama erat yang diberikan dalam menganjurkan ibadah umrah untuk jemaah Indonesia.

Menurutnya, kerajaan mahu memastikan semua jemaah dapat menjalani ibadah dengan sempurna serta pulang ke tanah air dengan selamat.

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, Kementerian Haji Indonesia akan terus menyelaras kerjasama dengan persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU), syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik