seismik

[VIDEO] "Bergaduh Macam Anjing Dengan Kucing" - Dua Ekor Harimau Ini Buat Netizen Terpegun

Sekali dia mengaum, takut!

Cover image via @ParveenKaswan (Twitter)

Pernahkah anda melihat harimau bergaduh dan bergelut depan mata?

Kebiasaannya kita akan sering melihat kucing bergaduh dan bercakaran apabila berselisih faham untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

Kali ini kami akan kongsikan pula video dua ekor harimau yang dikatakan bergaduh seperti dalam filem Clash Of The Titans.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter ini telah mencuri tumpuan netizen apabila dua ekor harimau itu bergelut secara tiba-tiba ketika pengunjung sedang melawat haiwan-haiwan di hutan dengan menaiki jeep.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Seekor harimau bertindak menyerang kawannya secara tiba-tiba dan terus bergelut sambil mengaum kuat

Menerusi klip video yang berdurasi 1 minit 18 saat itu, kelihatan dua ekor harimau itu pada mulanya berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku semasa kamera pelawat sedang merakam aksi mereka.

Namun, berlaku pergelutan antara mereka apabila seekor harimau secara tiba-tiba melompat ke arah harimau yang lain. Akhirnya, pergelutan itu berakhir apabila harimau yang diserang itu menyerah kalah dan berlalu pergi.

"Beruntung siapa yang dapat tengok harimau beraksi depan mata" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 172.6k views, 2.2k retweets dan 12.2k likes di Twitter.

Rata-rata netizen juga terpegun melihat aksi kedua-dua ekor harimau itu yang bergaduh dan suara mereka mengaum buas itu membuatkan ramai terkedu.

Malah ada juga yang risau melihat situasi tersebut dan terfikir bagaimana jika harimau itu tiba-tiba melompat ke dalam jeep dan mencederakan pelawat yang datang.

Di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:

Bukan senang nak tengok harimau bergaduh depan mata. Rasa macam tengok movie pula!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: