“Comel & Bersemangat!” – Aksi Kanak-Kanak Lincah Berdikir Barat Berjaya Curi Perhatian PMX
Bersungguh-sungguh ya dik, comel!
Cover image via @cikgeboo (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan yang begitu bersemangat ketika membuat persembahan dikir barat mencuri perhatian ramai di media sosial
Menerusi video yang tular di laman Threads, kanak-kanak berkenaan dilihat memberikan sepenuh tenaga ketika membuat persembahan sehingga perhiasan yang dipakai di kepalanya tertanggal.
Bagaimanapun, kejadian itu langsung tidak mematahkan semangatnya apabila dia terus memberikan komitmen sepanjang persembahan berlangsung.

Apa yang lebih menarik, aksi bersahaja tetapi penuh penghayatan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menerusi ruangan komen, Anwar turut meninggalkan komen ringkas bagi memuji kesungguhan kanak-kanak tersebut dalam menghidupkan seni budaya tradisional negara.
"Menjiwai betul. Seronok tengok anak-anak hidupkan budaya kita," tulis beliau.


Perkongsian itu ternyata memperlihatkan bagaimana minat dan semangat generasi muda memainkan peranan penting dalam memastikan warisan seni tradisional seperti dikir barat terus dikenali dan tidak ditelan zaman.
Lihat video penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


