seismik

[VIDEO] Tenggiling Mati Dilanggar, Tapi 'Soalan' Lelaki Ini Pula Yang Curi Tumpuan Netizen

Bukan biasa-biasa eh soalan dia, speechless dengar :D

Cover image via @_kechix_ (TikTok)

Tenggiling merupakan salah satu haiwan di Malaysia yang jarang kita jumpa

Ia adalah haiwan berdarah panas dan merupakan haiwan yang dilindungi. Apabila merasakan ia dalam bahaya, tenggiling akan menggulungkan tubuhnya dengan menggunakan sisik yang keras untuk mempertahankan dirinya.

Baru-baru ini, tular satu video seekor tenggiling di laman aplikasi TikTok, di mana ia dipercayai baru lepas dilanggar. Video itu telah dirakam oleh seorang remaja lelaki yang kebetulan terjumpa tenggiling itu di tengah jalan bersama kawan-kawannya.

Namun, video itu mencetuskan dekah warganet apabila salah seorang daripada kawannya bertanyakan soalan kepada di perakam video. Situasi serius bertukar menjadi kelakar selepas soalan itu diajukan.

Jom tengok video penuh itu di bawah:

@_kechix_

hahahaha... sakit perut gelak

bunyi asal - ••

Soalan spontan yang tidak dijangka daripada lelaki itu telah membuatkan kawan-kawannya gelak sakan

Mungkin itu adalah pertama kali dia melihat tenggiling di depan mata, kebetulan kejadian itu berlaku pada waktu malam dan haiwan itu pula berkulit gelap. Itu membuatkan remaja lelaki tersebut keliru sehingga bertanyakan soalan kelakar itu.

"Ni apa ni? Babi ke?" soalnya.

Sejurus selepas dia bertanya soalan tersebut, si perakam terkejut dan terus berkata "kepala otak kau, ni tenggiling".

"Cara dia tanya macam soalan time pergi lawatan, so innocent!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 15 saat itu mendapat lebih 721,500 tontonan dan 60,800 likes di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan soalan spontan lelaki itu kerana cara dia bertanya nampak seperti dia memang tidak tahu itu adalah tenggiling dan mati-mati ingat haiwan itu adalah khinzir.

Ada yang sampai ulang video itu sehingga 16 kali dan tetap gelak terbahak apabila mendengar soalan lelaki itu.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Persoalannya sekarang ni tenggiling tu mati ke tidak?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: