[VIDEO] Bila Kucing Gendut Tak Lepas Masuk Rumah, Tak Pasal-Pasal Pagar Pula Disalahkan
Siapa suruh sado sangat :P
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sentiasa cute dan menjadi hiburan kepada sesiapa saja yang melihat telatahnya
Bagi sesetengah orang, ada yang suka kucingnya bersaiz besar kerana nampak lebih sihat dan comel. Lebih-lebih lagi jika kucing itu memang kuat makan, saiz badannya akan lebih besar berbanding kucing biasa.
Tetapi kebiasaannya, kucing bersaiz besar ini sering berhadapan dengan masalah untuk meloloskan badan ke dalam pagar rumah dek kerana badan yang gemuk.
Begitu juga dengan video yang tular di laman aplikasi TikTok ini, di mana seorang pengguna telah merakam aksi kucingnya yang sado tengah struggle nak masuk ke dalam rumah dan video itu telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh di bawah:
Oleh kerana saiz badan yang terlalu besar, kucing itu kelihatan cuba beberapa kali untuk lepaskan diri dari pagar berkenaan
Selepas berjaya melepaskan badannya dari pagar, kucing itu sempat pandang semula ke belakang seolah-olah tidak puas hati dengan pagar berkenaan.
Ataupun, mungkin sebelum ini badannya tidak sebesar itu dan tidak ada masalah setiap kali nak masuk rumah. Tetapi kali ini, ia terpaksa mencuba beberapa kali dan nampak struggle betul semasa nak lepaskan badannya itu.
"Penat member, pandang balik tak puas hati tu" - Warganet
Video itu tular di TikTok sehingga mendapat lebih 266,600 tontonan dan 34,000 likes. Rata-rata warganet terhibur dengan aksi kucing gendut itu dan ada juga yang kesian kerana ia nampak tercungap-cungap selepas berjaya masuk ke dalam rumah.
Antara komen menarik daripada warganet di TikTok: