[VIDEO] Gadis Ini Terpaksa Jadi Pencegah Maksiat, Bila Ada Kucing Jantan Cuba 'Mengunyit'
Awak tu dua-dua bertelur, jangan buat hal!
Kita sememangnya sudah tahu kucing adalah haiwan yang comel, adorable dan jinak. Tapi kalau datang time dia buat hal, memang pening juga nak layan.
Begitu juga dengan video viral di TikTok ini apabila dua ekor kucing jantan di Catzonia Malaysia cuba nak 'mengunyit'.
Kalau anda belum tahu, 'mengunyit' adalah istilah yang netizen zaman sekarang selalu pakai untuk merujuk kepada pasangan lelaki sejenis atau nak lebih mudah faham kita panggil sebagai gay.
Dalam video tersebut, dua kucing itu diletakkan di dalam tempat pemanas untuk keringkan badan mereka selepas dimandikan oleh pekerja Catzonia. Namun, lain pula yang jadi bila mereka diletakkan dalam tempat pemanas yang sama.
Lihat video penuh di bawah:
Kakak Catzonia terpaksa jadi pencegah maksiat bila kucing berwarna kelabu itu cuba 'buat hal' dengan kucing berwarna oren
Walaupun dimarahi pekerja itu sampai terpaksa alihkan kucing kelabu beberapa kali, dia tetap degil dan pergi ke arah belakang kucing oren seperti ingin melepaskan nafsunya.
"Kakak Catzonia bukan je mandikan kucing, jaga kucing tapi jadi pencegah maksiat juga. Haih nak dibiarkan, dua-dua bertelur," katanya.
Si kucing kelabu itu seolah-olah tidak faham yang dia dilarang untuk mengunyit. Lebih teruk, si kucing oren pula pasrah saja mukanya.
"Dah la jarang jumpa awek cun, melepas lah kau" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini mendapat perhatian daripada netizen, ia meraih lebih 1 juta tontonan serta hampir 2,000 komen di TikTok.
Semestinya ramai yang menyifatkan kedua-dua kucing itu berkelakuan comel kerana muka mereka yang seperti tidak bersalah bila dimarah. Tetapi, ada juga yang tidak sangka kedua-dua kucing itu adalah jantan.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok: