seismik

"Kesian Oyen Kena Bebel” - Warganet Terhibur Tengok Muka Kucing Ini Kena Marah Dengan Tuan

Kucing nama Oyen ni memang nakal ya?

Cover image via @mirzaozawa (TikTok)

Kucing adalah haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifat comel, tetapi tidak kurang juga dengan telatah nakalnya yang menghiburkan hati

Image via Azhan.co

Bagi sesiapa yang bela kucing, pasti sudah masak dengan telatah kucing masing-masing yang selalu menimbulkan masalah seperti kerap hilang, bunting dan suka 'membuang' di rumah jiran.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial TikTok telah berkongsi videonya sedang memarahi kucing bernama Oyen kerana keluar merayap ke rumah jirannya.

"Duduk rumah sendiri, jangan pergi rumah orang. Awak tu anak dara, kena tangkap dek orang besok, balik rumah bunting," kata tuannya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Reaksi muka Oyen yang pasrah dan sedih kena marah tarik perhatian warganet

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat lebih setengah juta tontonan dan hampir 35,000 tanda suka di TikTok, ia telah mengundang pelbagai komen warganet yang rata-rata terhibur dengan muka redha Oyen bila kena marah.

Mukanya yang seolah-olah faham kena bebel itu memang comel dan lawak. Macam faham sangat apa yang tuannya bebel itu.

Iya lah, haiwan pun ada perasaan dan naluri seperti manusia juga. Lebih-lebih lagi jika ia sudah dipelihara lama, mesti dah faham dengan apa yang dikatakan oleh tuannya.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai, comel je Oyen ni. Daripada nak marah, jadi kesian pula :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: