seismik

“Samsul Buat Hal Lagi” - Kucing Ini Lari Lintang Pukang Lepas Rosakkan WiFi Milik Tuannya

Ya ampun, nakalnya kamu Samsul!

Cover image via @ejaak15 (TikTok)

Siapa dekat sini belum kenal Samsul? Ia merupakan kucing yang popular dengan kenakalannya di laman sosial Twitter & TikTok

Bagi mereka yang follow akaun TikTok tuan kepada Samsul iaitu Maskumis, pasti sudah biasa lihat telatah nakal kucing bernama Samsul ini.

Samsul pernah tular di laman sosial kerana merosakkan kipas dan menyelerakkan bilik tuannya itu bersama adiknya yang bernama Opet.

Baru-baru ini, Samsul lagi sekali tular di laman For You Page (FYP) TikTok apabila ia dimarahi kerana telah merosakkan cable charger dan WiFi di bilik Maskumis.

Lihat video penuh di bawah:

@ejaak15

Kemaren kabel cas sekarang wifi

original sound - Maskumis
@ejaak15

Ditinggal pergi sebentar betul2 diancurin || Follow igku gais : Ejaak15

original sound - Maskumis

Mungkin rasa serba salah, Samsul lari lintang pukang lepas dibebel Maskumis

Menerusi video tersebut, Samsul pada mulanya tengah lepak atas kotak dan terpinga-pinga bila dimarahi tuannya kerana merosakkan WiFi. 

Apa yang menghiburkan, Samsul terus melompat lari lintang pukang dalam bilik itu selepas Maskumis mula meninggikan suara kepadanya.

Tak pasal-pasal, ibu kucing nakal itu pun kena marah sebab dikatakan tidak pandai jaga anak yang nakal seperti Samsul dan Opet.

"Ya Allah, kucing tak ada akhlak" - Netizen

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut terhibur dengan telatah nakal Samsul yang selalu buat tuannya naik angin.

Ada juga yang sempat bergurau itu merupakan detik-detik rumah Maskumis nak roboh. Tidak kurang juga, Samsul sudah ada peminat di Malaysia sehingga ada yang minta Maskumis pos atau jual di Shopee saja kucing nakalnya itu.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Agak-agaknya lepas ni apa lagi yang Samsul nak rosakkan ya? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: