seismik

[VIDEO] Reaksi Muka Kucing Ini Bila Kena Bebel Dengan ‘Ayah’ Curi Perhatian Netizen

Ingatkan Oyen je suka buat hal, si Utih pun sama! :D

Cover image via @orangecatsss (Twitter)

Kucing putih selalu dikatakan kucing yang baik berbanding Oyen dan jarang membuat masalah

Namun, berbeza pula dengan video ini di mana seekor kucing putih dimarahi kerana makan dua ekor ikan laga peliharaan tuannya.

Menerusi video berdurasi 38 saat itu, kucing putih tersebut kelihatan seperti tidak bersalah dan hanya membuat muka selamba semasa dimarahi oleh tuan yang membahasakan dirinya sebagai 'ayah'.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Kucing itu terus lari apabila tuannya menyebut harga dua ekor ikan laga tersebut

Tuan kucing itu marah kerana dia telah menyediakan makanan khas untuk kucingnya, tetapi ikan laga juga yang jadi mangsa si putih.

"Kan ayah ada bagi makanan, kenapa awak makan ikan laga ayah? Ikan laga ayah tu seekor ayah beli mahal tahu tak. RM66 ayah beli. Awak makan ikan laga tu buat apa? Bukan seekor, tapi dua ekor. Apa salah ikan tu nak?" katanya.

"Tengok telinga pun dah tahu nakal" - Netizen

Reaksi muka tak bersalah kucing putih itu telah meraih perhatian netizen di Twitter dan rata-rata mereka berkata telatah kucing itu comel apabila dibebel kerana mukanya macam tak bersalah saja.

Ada juga yang membandingkan kucing putih dengan kucing oren kerana selama ini kita sering lihat kucing oren saja yang nakal dan buat masalah, tapi kali ini kucing putih pula yang menunjukkan perangainya.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Aduhai, ikan laga juga yang nak dimakannya. Demand betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: