seismik

[VIDEO] “Wow, Laju Betul!” - 3 Remaja Ini Terciduk Kalah Lumba Lari Dengan Anak Kambing

Anak kambing makan apa?

Cover image via @brotherjambang (Twitter)

Kita dah biasa tengok video lawak kucing dan anjing, tetapi kali ini agak rare sebab ia adalah video anak kambing

Kalau anda nak tahu, tabiat kambing adalah kalau dia nampak orang atau kawan dia lari, dia pun akan join lari juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter di mana seorang pengguna telah berkongsi satu video perlumbaan lari sekumpulan remaja lelaki dengan seekor anak kambing di sebuah kawasan perumahan.

Si perakam video sempat membuat liputan ala-ala reporter sukan semasa mereka lumba lari. Di akhir video tersebut, ternyata anak kambing lagi power dan berjaya mengalahkan ketiga-tiga remaja lelaki itu.

Yang kelakarnya, dua daripada remaja lelaki tersebut menaiki basikal. Tetapi, mereka tetap kalah dengan si anak kambing.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

"Usain Bolt is shaking" - Warganet

Alahai, macam mana boleh kalah dengan anak kambing? Laju betul anak kambing itu lari ya.

Mungkin rutin harian mereka bermain dengan anak kambing di kawasan perumahan tersebut atau anak kambing itu adalah haiwan peliharaan salah seorang daripada remaja itu.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 26,000 retweets dan hampir 23,000 likes di Twitter, rata-rata warganet terhibur melihat telatah comel geng remaja dengan anak kambing itu.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Apa-apa pun, memang sempoilah video ni! Greatest Of All Time (GOAT) :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: