seismik

[VIDEO] Jadi ‘Reporter’ Masa Banjir Siap Membebel, Mak Cik Hawa Undang Dekah Netizen

Nak tengok muka mak cik Hawa please!

Cover image via @Sir_Megat (Twitter) & SEREMBAN macam-macam ada! (Facebook)

Baru-baru ini, 9 kawasan di Negeri Sembilan dilanda banjir kilat dan banyak rumah yang ditenggelami air sehingga paras pinggang

Susulan daripada kejadian itu, tular satu video di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna memuat naik video seorang mak cik sedang membuat 'liputan' di kawasan rumahnya.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu telah mengundang dekah ramai kerana mak cik yang bernama Hawa tersebut sempat menegur jirannya ketika merentasi banjir dan membebel tak henti-henti dari awal sampailah ke akhir video.

Kalau dilihat video itu, pasti automatik akan khusyuk sehingga tak sedar ia memakan masa hampir 3 minit, kerana telatah dan cara Mak Cik Hawa membebel itu sangat menghiburkan.

Jom tengok video penuh tersebut di bawah:

Dalam pada membebel, sempat lagi berdoa supaya kakinya diselamatkan daripada pacat

Habis semua benda ditegurnya, termasuk pusar air. Lawak sungguh! Melihat daripada gaya Mak Cik Hawa itu, mesti dia seorang yang kelakar semulajadi dan sentiasa menjadi penghibur dalam keluarganya.

Iya lah, dengar gaya dia cakap saja sudah buat kita geli hati. Kalau tidak, takkanlah sampai warganet semua terhibur kan?

Warganet terhibur dengan bebelan Mak Cik Hawa sehingga ada yang nak tubuhkan fans club

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah mendapat hampir 3,000 retweets dan 2,700 likes di Twitter. Rata-rata warganet suka dengar bebelan Mak Cik Hawa dan mereka siap minta part 2.

"Ni mesti kalau rewang kenduri dia yang paling kecoh, hahaha" - Warganet.

Ada juga yang teringin nak tengok muka Mak Cik Hawa dan nak follow dia di akaun laman sosial. Malah, ada yang siap suruh dia buat vlog di YouTube sebab nak tengok dia membebel lagi.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Mak Cik Hawa, please reveal your face! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: