seismik

[VIDEO] Semput Kena Kejar Dek Anjing, Netizen Dekah Tengok Pak Cik Ini Bebel Loghat Nogori

Kepada semua penternak-penternak anjing, orang Pilah nak cakap sikit ni.

Cover image via @beritaseremban (Twitter)

Aktiviti berbasikal kini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kita terutamanya anak-anak muda

Image via UMP News

Aktiviti ini merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gym.

Namun, luahan hati seorang pengayuh basikal ini telah mencuit hati netizen. Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsi oleh @beritaseremban di Twitter, di mana lelaki ini dikejar anjing ketika dia sedang berbasikal.

Nasihat spontan daripada lelaki itu buat ramai terhibur dan ada juga yang berasa kesian

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 29 saat itu, lelaki itu menasihati pemilik-pemilik anjing untuk menjaga haiwan berkenaan supaya tidak berkeliaran dan mengganggu orang yang tengah berbasikal.

Menariknya, video itu telah membuatkan netizen dekah sebab lelaki itu membebel dalam loghat Negeri Sembilan dengan nada suara yang semput selepas dikejar anjing.

Berikut di bawah adalah video penuh tersebut:

Walaupun nasihat itu nampak serius, tetapi netizen terhibur dengan cara lelaki ini membebel. Mungkin kerana loghat dan nada suaranya yang kelakar itu mencuit hati mereka.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Macam-macam reaksi ya, sememangnya video ini kelakar dan buat ramai terhibur. Yang penting kalau nak berbasikal atau buat aktiviti luar tu hati-hati okay guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: