Lelaki Ini Hampir Kena 'Scam' RM800 Sebab Ingat Sewa Homestay, Rupa-Rupanya...
Macam-macam jenis ya scammer sekarang, bahaya betul.
Kalau pergi bercuti, mesti rata-rata di antara kita nak bawa family atau orang tersayang ke tempat yang menarik dan best
Namun, lain pula ceritanya yang dialami seorang lelaki bernama Azmeer Idham Kamaruzaman. Dia diperdaya scammer semasa merancang percutian bersama keluarga di Port Dickson pada November depan.
Menurut sumber, Azmeer dikatakan telah memuat naik status untuk mencari homestay dalam beberapa group di Facebook.
Tak lama selepas itu, dia menerima mesej daripada seorang wanita yang memberitahu ada homestay siap dilengkapi kolam renang di Teluk Kemang berharga RM800 semalam.
Lepas bayar deposit RM300, 'tuan rumah' paksa bayar lagi RM200
"Beberapa hari kemudian, saya diminta menambah RM200 dan jika saya tidak menjelaskan bayaran itu, duit RM300 yang dibayar sebelum ini dikira 'hangus'. Kerana enggan kerugian, saya bayar RM200 sebelum meminta lokasi inap desa itu dan wanita terbabit memberikan satu alamat," katanya.
Azmeer yang tinggal di Rembau kemudian tergerak hati untuk pergi ke homestay tersebut, tetapi terkejut sebaik tiba di lokasi yang diberi wanita tersebut adalah kawasan tanah perkuburan.
Apabila dihubungi, wanita itu memberi pelbagai alasan dan enggan berjumpa sebelum talian terputus. Selepas itu Azmeer tidak dapat lagi menghubunginya.
Susulan kejadian itu, Azmeer tidak membuat laporan polis tetapi bertindak untuk 'viral' kan kes penipuan itu di beberapa group percutian dan homestay di Facebook.