Graduan UiTM Jadi 'Runner RM1' Lepas Penat Menganggur, Tolak Jadi Rider GrabFood Sebab...
Rezeki tak putus-putus, dapat panggilan kerja dan punca utama adalah restu ibu.
Umum sedia maklum, peluang graduan untuk mencari pekerjaan sekarang adalah sangat sukar akibat ekonomi negara terjejas dan wujudnya pandemik Covid-19
Begitu juga dengan seorang graduan yang tular di Twitter baru-baru ini. Remaja yang mesra dipanggil Shukri itu telah memuat naik tweet meminta warga Twitter untuk retweet status yang dia kongsi.
Dia menyediakan servis perkhidmatan sebagai runner dengan harga serendah RM1 di kawasan Shah Alam.
Antara servis yang disediakan termasuklah hantar dan beli barang atau makanan.
Baca ciapan penuh yang dimuat naik Shukri di bawah:
Pernah dapat kerja pada bulan Mei, tetapi hanya sempat kerja dua bulan dan diberhentikan pada bulan Julai
Tolak jadi rider GrabFood atau Foodpanda sebab ibu tak bagi dan abang sulung pernah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal
Katanya, restu ibu sangat penting dan dia tak berani lawan serta faham ibunya bimbang tentang keselamatan jika buat khidmat menggunakan motor agak bahaya.
"Jadi saya buat dengan kereta. Sebab itu saya kerja Lalamove dan sekarang buat runner persendirian juga. Alhamdulillah selepas viral rezeki bertambah," ujarnya.
Mendapat banyak tawaran kerja selepas viral di Twitter
Menurut Shukri, kerja runner ini sementara waktu sahaja. Dia berhasrat untuk kumpul duit dan sambung belajar tahun depan.
Khidmat runner yang ditawarkan bermula harga serendah RM1 bagi 1 kilometer (km) dengan jarak minima.
"Saya buat perkhidmatan serendah RM1 bagi 1km. Sekurang-kurangnya saya boleh cari rezeki daripada duduk rumah tak buat apa-apa," katanya.
Sesungguhnya rezeki itu sangat luas, kita cuma kena usaha untuk mengubah hidup kita menjadi lebih baik :)