seismik

Jalan Kena Tutup, Tapi Tindakan 'Abang Polis' Ini Hantar Remaja Ambil Exam Dipuji Netizen

Terima kasih abang polis, jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

Cover image via @aimadazfar (Twitter)

Rakyat Malaysia sememangnya suka bantu-membantu dan hal ini dapat memberikan inspirasi kepada semua orang

Begitu juga dengan kisah perkongsian oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini yang tular di laman sosial tersebut, di mana seorang anggota polis telah menghantar sepupunya ke sekolah.

Menerusi ciapan yang dimuat naik remaja lelaki itu, dia berterima kasih kepada 'abang polis' yang sanggup menghantar sepupunya untuk mengambil exam. 

Hal ini terjadi kerana jalan terpaksa ditutup akibat lori tanah kemalangan di Putrajaya, iaitu jalan yang sepatutnya mereka lalu pada pagi itu.

Perkongsian itu juga telah mendapat banyak perhatian daripada netizen di Twitter

Susulan daripada tularnya tweet itu, ia telah mendapat lebih 14,000 retweet dan tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis.

Malah, rata-rata komen daripada mereka kebanyakannya memuji tindakan 'abang polis' tersebut dan ada juga yang berkata gaya sepupu @aimadazfar memeluk polis itu nampak comel.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga perkongsian ini dapat mengajar kita untuk terus berbuat baik dengan semua orang tidak kira bangsa dan agama :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: