"Kalau Belajar Tak Pandai, Mesti Masuk UiTM" - Gadis Ini Buktikan Pilihannya Tak Salah!
Tak kisah la kat mana pun kita belajar, bukan institusi yang tentukan masa depan kita tapi diri kita sendiri.
Satu lagi kisah tular di Twitter tentang gadis ini yang berkongsi kejayaannya sehingga menjadi peguam bela di Mahkamah Kuala Lumpur
Orang kata, jangan suka pandang rendah terhadap seseorang. Kita tidak tahu mungkin nasib dan rezeki orang yang kita pandang rendah itu lebih baik daripada kita kelak.
Baru-baru ini, tular kisah gadis lepasan undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkongsi pengalaman dan iktibar di sebalik kejayaannya.
"When I was in high school I still remember my teacher used to say “study hard or you’ll end up in UiTM”. It’s like a curse if you only get offered by UiTM but Alhamdulillah after I graduated I received 10 offers out of 10 interviews for my pupillage. Yes, I’m a proud Alumni." tulis gadis tersebut.
Memegang title sebagai peguambela dan peguamcara, pastinya gadis itu adalah seorang yang sangat berdedikasi dan mempunyai cita-cita yang sangat tinggi.
Berikut di bawah adalah kisah perjalanan yang dikongsi gadis tersebut:
Tweet itu telah memancing minat alumni daripada UiTM untuk turut berkongsi kisah mereka
Rata-rata mereka mempertikaikan kenapa sesetengah pihak perlu memandang rendah terhadap lepasan UiTM, malah ada yang berpendapat UiTM adalah salah satu institusi yang melahirkan ramai individu berjaya.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Moral of the story, jangan biarkan orang lain tentukan apa yang kita perlu buat dan dimana kita nak belajar. Sebab at the end of the day, ia adalah untuk masa depan kita sendiri. Just follow your dreams :)