seismik

Dapat Sampai 23 Juta Tatapan, Foto Sawah Padi Remaja Ini Siap Masuk IG Rasmi Apple. Wow!

Tak payah pergi pantai, sunset dekat sawah padi pun onz!

Cover image via @farisofar (Instagram) & @apple (Instagram)

Siapa je yang tak suka melancong, nak pula kalau gambar yang diambil semuanya perfect belaka

Image via Google

Hanya kerana pemilihan sunset view sawah padi di Sabak Bernam, Selangor, seorang remaja viral selepas Instagram Apple memuat naik gambarnya Isnin lalu.

Remaja yang juga merupakan seorang jurufoto berumur 19 tahun itu telah meraih lebih 200,000 tanda suka di Instagram dan turut mendapat komen daripada netizen. Bangga rasanya!

Menurut sumber, Muhammad Faris Danial Mohd Faizal sempat berkongsi kisah gambar yang viral itu sehingga namanya kini masih menjadi bualan ramai. Walaupun pada mulanya dia pernah mendapat paparan di Instagram Apple pada tahun 2018, namun waktu itu ia dikongsi secara kompilasi bersama gambar jurufoto-jurufoto lain.

Meskipun sudah dapat email dari Apple sebelum gambar itu dimuat naik, remaja ini masih tak boleh move on!

"Apple muat naik gambar saya dalam pukul 1 pagi. Masa tu tengah live streaming game di Facebook. Walaupun Apple dah maklumkan melalui email pada 15 September lalu, saya tetap terkejut dan terharu," ujarnya.

Katanya lagi, sebelum ini dia pernah dengar orang cakap sunset di Sabak Bernam cantik. Semasa hari terakhir percutiannya dengan keluarga, dia nampak macam ada potensi untuk hasilkan gambar yang menarik memandangkan waktu sudah hampir Maghrib.


Mula berkecimpung dalam bidang fotografi sejak berusia 16 tahun dan dijadikan sebagai hobi

Faris menggunakan iPhone XR dan kamera DSLR untuk mengambil pelbagai jenis fotografi termasuklah potret, urban, alam sekitar, dan macam-macam lagi.

Antara karya menarik daripada Faris:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: