seismik

[VIDEO] 'Aku Pulak Yang Nak Nangis' - Lakonan TikToker Ini Buat Netizen Tersentuh & Sedih!

Rezeki anak itu milik Allah, setiap orang ada bahagian masing-masing.

Cover image via @Mickeyyouaresofine (TikTok)

Bila bercakap tentang zuriat, pastinya semua pasangan yang dah berkahwin ingin merasa perasaan menjadi ibu dan ayah

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

Namun begitu, anak juga adalah rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT. Ada pasangan yang mendapat anak selepas berkahwin, dan ada juga yang telah berusaha bertahun-tahun tetapi masih gagal.

Baru-baru ini, tular satu video seorang remaja perempuan di TikTok yang memuat naik lakonannya tentang emosi wanita di luar sana yang masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Video tersebut telah meraih emosi netizen terutamanya pasangan yang belum ada zuriat. Malah, ramai di antara mereka dapat relate dengan video itu kerana lakonannya yang berkesan.

Video itu membuatkan ramai mengalirkan air mata

Ketika artikel ini ditulis, video yang berdurasi 38 saat itu telah mendapat lebih 88,000 tanda suka dan lebih 1700 komen di TikTok.

Ada juga yang memuji bakat lakonan remaja perempuan itu yang mendalami wataknya sehingga ada yang menggelarnya 'CEO of menangis'. Tidak kurang juga, ada yang berkongsi kisah mereka sendiri dan minta doa supaya ada rezeki dapatkan zuriat.

Jom kita lihat video itu di bawah:

@mickeyyousofine

POV : I’m not giving up, sabar itu indah. This is the hardest pov I’ve ever made, I cry so much filming and editing this. I’m so sorry.

Andy grammer dont give up on me - Ricky Osbourn

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Disertakan doa memohon zuriat dan harap ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan di luar sana. Doa banyak-banyak ya!

Image via Al Mukhlisin

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: