seismik

[VIDEO] Tengah Syok Dating Tiba-Tiba Lelaki Ini Disuruh Rakam TikTok Mat Bangla Depan KLCC

Pandai abang Bangladesh ni pilih tempat nak buat TikTok ya.

Cover image via @aizalizwan (Twitter)

Umum sedia maklum, TikTok merupakan salah satu aplikasi media sosial yang popular dimuat turun dalam kalangan rakyat di Malaysia sejak 2018 lagi

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter menerusi tweet yang dimuat naik seorang lelaki bernama Aizal Izwan.

Ketika Aizal dan teman wanitanya sedang dating di taman KLCC, tiba-tiba datang seorang lelaki warga Bangladesh meminta tolong Aizal untuk merakam video TikToknya berlatarbelakangkan menara berkembar itu.

Berikut di bawah video penuh tersebut:

Sebak apabila selepas video itu dirakam, lelaki Bangladesh tersebut buat panggilan video dengan keluarganya

"Kitorang pun tak sangka moment camni terjadi and kami pun happy dapat buat brader tu happy," - Aizal

Susulan daripada tularnya video itu yang mendapat lebih setengah juta tontonan dan hampir 30,000 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis, malah ia juga telah menerima banyak reaksi warganet.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kadang-kadang walaupun apa yang kita buat tu nampak simple, tapi ianya mungkin bermakna bagi orang lain. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: