seismik

"Just For Fun & Tak Expect!" - Turun Berat Sampai 44KG, Gadis Ini Kongsi 5 Tips Diet Mudah

Kalau nak buat sesuatu, niat mestilah kena betul. Baru boleh capai target!

Cover image via @imsyafff (Twitter)

Mempunyai tubuh badan sihat serta kurus dan muka yang cantik pastinya merupakan impian bagi setiap wanita

Begitu juga dengan gadis bernama Izzah yang menjadi bualan ramai di laman sosial Twitter ini. 

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik menerusi akaun peribadi Twitter gadis tersebut yang berkongsikan perjalanannya dari gemuk ke kurus hanya dalam masa 7 bulan.

"I just start my diet journey like that. I start this year awal bulan 1 just for fun and tak expect boleh sampai sini" - Izzah

Susulan daripada tularnya video itu, ia telah mendapat pujian daripada warganet kerana walaupun sudah kurus, gadis tersebut tetap menjaga adab pakaiannya yang sopan dan menutup aurat.

Ada juga yang berkata transformasinya sebelum dan selepas kurus terus buat mukanya nampak lebih muda.

Sementara itu, video transformasi Izzah menerima 350,000 tontonan dan lebih 34,000 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis.

Berikut di bawah adalah video penuh transformasi diet yang dikongsikan oleh Izzah:

Setelah tularnya video itu, Izzah tidak melepaskan peluang untuk berkongsi dengan warganet tips diet yang diamalkan olehnya

Izzah berkata tujuan dia menurunkan berat badannya bukan untuk orang lain tapi dirinya sendiri dan hanya suka-suka sebab nampak dekat Twitter ramai yang dah kurus.

Menurut sumber, berat asal Izzah 120kg dan sekarang beratnya ialah 76kg. Kejayaan itu dianggap satu pencapaian luar biasa kerana dia sememangnya berisi sejak kecil lagi.

Berikut di bawah adalah 5 tips diet yang dikongsinya:

Wah.. hanya dengan 5 tips ini, tak mustahil korang pun boleh kurus dan cantik macam Izzah!

Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk korang yang tengah struggle nak kurus tu ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: