seismik

[VIRAL] Gadis Ini Kongsi Tips Pilihan Roti Subway Yang Sedap & 'Crunchy' Leleh!

Penggemar setia Subway wajib tahu dan cuba.

Cover image via Google & NST

Rupanya masih ramai yang tak tahu rahsia kesedapan sandwich Subway, lepas baca artikel ini korang wajib kena try okay!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @rabkairahas telah mendapat perhatian ramai menerusi tweetnya yang berkongsikan secret tips daripada seorang gadis yang merupakan bekas pekerja restoran makanan segera iaitu Subway.

Ciapan itu telah mendapat lebih 28,000 tanda suka dan gadis tersebut memberitahu, kalau nak pilih roti yang sedap, korang kena pilih hearty Italian dan minta triple toast untuk mendapatkan tekstur yang sedap dan rangup walaupun dah sejuk. Wow, menariknya!

Menurut gadis itu lagi, kombinasi sos yang paling sedap adalah ranch, thousand island, sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili dan sos BBQ. Pilihan kombinasi ini sesuai untuk semua jenis menu, termasuklah salad dan wrap.

Sementara itu, terdapat dalam kalangan netizen yang terus ajak kawan mereka untuk cuba menu berkenaan

Susulan dari tularnya tweet itu, kebanyakan warga Twitter yang sudah mencuba menu itu memberitahu ianya memang sedap dan tidak ketinggalan ada juga yang turut berkongsi pilihan sos yang boleh dicuba.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:


Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita pergi Subway lepas ini!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: