seismik

[VIDEO] “Ingatkan Nak Ajak Kahwin, Rupa-Rupanya Jual Insurans” - TikToker Ini Bikin Dekah!

Ini adalah parodi di TikTok berdasarkan kisah sebenar.

Cover image via @nikhajarr (TikTok)

Sejak aplikasi TikTok popular di Malaysia, kita dapat lihat semakin ramai yang berbakat dalam lakonan

Begitu juga dengan video lakonan remake kisah benar daripada seorang TikToker ini yang viral di TikTok beberapa hari lalu.

Wanita yang dikenali sebagai @nikhajarr itu telah memuat naik video lakonannya sebagai ibu tunggal yang berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial.

"Setelah 4 tahun jadi single mom.. ada someone approach aku.. I am so happy, chat with him almost everyday. Dia sweet sgt, dia cakap dah tiba masa untuk aku dilindungi.." - Nik Hajar.

Berdebar nak pergi first date, Nik Hajar siap bawa anak dia untuk jumpa dengan lelaki yang kononnya nak lindungi dia itu

Di hujung video itu berlaku plot twist di mana lelaki yang disangkakan nak lindungi Nik Hajar rupa-rupanya bukan nak ajak kahwin, tetapi sebenarnya nak jual insurans. Alahai!

Berikut di bawah video penuh TikTok tersebut:

Netizen tak tahu nak react sedih ke gelak, sebab video itu kelakar. Malah, ada yang pernah mengalami situasi sama

Video Nik Hajar tular di TikTok dan mendapat lebih 300,000 tontonan serta lebih 2,000 komen ketika artikel ini ditulis.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jadi, kesimpulannya kat sini, jangan mudah percaya orang kalau bercinta di alam maya. Nanti tersalah faham pula maksud 'dilindungi' tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: