seismik

Hidap 'Slip Disc' & Hilang Ibu Tercinta, Pengalaman Kahwin Gadis Ini Buat Netizen Sebak

Hati mana yang tak sedih bila majlis kahwin lagi 3 bulan, ditimpa pula macam-macam dugaan.

Cover image via @withloveaien (Twitter)

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat sukar bagi semua rakyat Malaysia gara-gara pandemik wabak Covid-19

Ketika ramai bakal pengantin mengeluh kerana terpaksa tangguh dan batalkan majlis kahwin, gadis ini pula berkongsikan cerita sedih tentang dugaan yang dialaminya 3 bulan sebelum bergelar seorang isteri.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, dia telah berkongsi pengalaman sebelum majlisnya berlangsung 6 Mac lalu.

Menurutnya, dia mendapat minor slip disc 3 bulan sebelum perkahwinannya dan terpaksa berhenti kerja.

Nak dijadikan cerita, dugaan semakin bertambah apabila ibunya menghidapi kanser tahap 4.

"Kami sekeluarga mcm tak percaya..bayangkan semalam ibu boleh makan dkt ikea gelak ketawa then warded..kami semua pura pura kuat dpn ibu..korang bole imagine tak remuk dia mcm mana," Aien.

Cuba muhasabah diri dan fikir ada hikmah kenapa sakit dan berhenti kerja, dapat spend time dengan ibu sampai nafas akhir

Aien berbelah bahagi sama ada nak teruskan majlis perkahwinannya atau tunda, tetapi ibunya minta teruskan saja walaupun dia tak ada semasa hari pernikahan anaknya nanti.

Menurut Aien, ibunya telah menghembuskan nafas akhir pada 26 April lalu.

Baca ciapan penuh di bawah:

Warganet sebak dan ada yang mengalami dugaan sama, iaitu kehilangan ibu bapa tersayang

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada kita semua untuk sentiasa hargai orang yang tersayang sementara mereka masih ada. Al-fatihah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: