[VIDEO] "Rindu Abang!" - Reaksi Spontan Dua Beradik Jumpa Abang Angkat Buat Ramai Menangis
Mengalir air mata tengok video ni.
Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat semakin ramai rakyat Malaysia menerapkan nilai murni seperti sering berkongsi rezeki dan bantu orang dalam kesusahan
Begitu juga dengan satu video tular di laman sosial TikTok ini yang berjaya buat ramai mengalirkan air mata.
Menerusi perkongsian daripada seorang remaja lelaki yang bernama Daniel Aqil Bin Aidil Aidi atau mesra dipanggil Aqil, dia telah memuat naik videonya berjumpa dengan dua orang adik angkat di Maahad As-Syatirie, Johor Bahru.
Video itu dimuat naik dengan kapsyen "long time no see my lil bro" dan kelihatan dua orang budak lelaki berlari ke arahnya serta menjerit "abang, rindu abang!" pasti buat anda tertanya-tanya kenapa mereka nampak begitu rapat dan rindu pada Aqil.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Difahamkan, dua beradik itu dimasukkan ke maahad tahfiz tersebut atas bantuan Ustaz Ebit Lew
Aqil berkata, dia mula rapat dengan dua budak lelaki tersebut selepas terjumpa mereka di sebuah shopping mall dan terus membantu keluarga mereka.
Dua beradik itu yang dikenali sebagai Mustaqim dan Iman merupakan abang sulung kepada 6 orang adik. Oleh yang demikian, Aqil menggelar mereka sebagai '8 Beradik', malah sempat berkongsi video semasa mula-mula dia datang ke rumah keluarga mereka.
Di bawah adalah video yang dikongsi Aqil pada 12 Oktober lalu ketika dia dan kawan-kawannya pergi ke rumah Mustaqim dan Iman, yang juga telah mendapat perhatian daripada netizen:
Video tular dua beradik berlari ke arah Aqil kini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan lebih 83,500 tanda suka di TikTok
Kebanyakan netizen tersentuh dan mengalirkan air mata melihat cara Mustaqim dan Iman yang excited bila nampak Aqil datang melawat mereka di pusat tahfiz tersebut.
Siapa yang tak sedih bila tahu bagaimana cara Aqil melayan dan sayang mereka seperti adik sendiri sejak hari pertama mereka berjumpa. Hubungan mereka sangat rapat dan tak ubah macam keluarga kandung.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Semoga hubungan mereka terus kekal rapat dan dapat mengingatkan semua orang di luar sana supaya sentiasa bantu mereka yang dalam kesusahan :)