Sempat Pakai Cincin Kahwin, Pengantin Perempuan Ini Meninggal 1 Jam Sebelum Akad Nikah
Hari bahagia bertukar menjadi detik duka, tak boleh bayang perasaan bakal suami.
Pengantin perempuan itu pengsan secara tiba-tiba ketika hampir selesai disolek
Difahamkan, pengantin perempuan itu dikatakan meninggal dunia satu jam sebelum diijabkabulkan. Kejadian itu berlaku di Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah.
Menurut laporan, segala persiapan untuk hari bahagia itu telah pun siap, termasuklah dekorasi pelamin dan kerusi-kerusi disusun indah untuk menyambut hari istimewa bakal pasangan pengantin tersebut.
Namun, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan ilahi. Saat moment raja sehari menjelang tiba, pengantin perempuan itu dilaporkan tidak sedarkan diri.
Menurut salah seorang sahabatnya, pengantin perempuan itu masih dalam keadaan sihat semasa disolek namun tiba-tiba mengadu letih dan terus tidur.
Sebelum pengsan dan meninggal dunia, pengantin itu juga sempat meminta ibu saudaranya memakaikan cincin.
Allahyarhamah juga dikatakan telah menyediakan kejutan hari jadi untuk bakal suaminya sehari selepas berkahwin.