Majlis Akad Nikah 29 Pasangan Pengantin Terpaksa Ditangguh - JAIS
Kesemua pasangan itu dikenalpasti dari Zon Klang dan Zon Kapar.
Temu janji majlis akad nikah seramai 29 pasangan yang sepatutnya dilaksanakan di Pejabat Agama Islam (PAID) Klang ditangguhkan susulan arahan PKPB
Menurut laporan, Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu melibatkan semua temu janji yang telah dibuat sebelum atau pada Rabu minggu lalu.
“Penangguhan itu dibuat berikutan larangan bagi semua aktiviti di masjid dan surau oleh JAIS di seluruh daerah Klang selain penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jumaat lalu.
“Sebarang temu janji akad nikah individu terlibat di PAID Klang akan dijadualkan semula,” katanya.
Sebarang perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan majlis akad nikah di daerah Klang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Tular sebelum ini, seramai 118 pasangan itu hari bernikah dalam dalam satu hari sejak PKPB dilaksanakan di Mukim Klang pada 9 Oktober lalu.
Kebimbangan sekatan pergerakan dan majlis pernikahan diadakan sepanjang tempoh PKPB di Mukim Klang menjadi punca PAID diserbu.