seismik

[TERKINI] PKPB Di Seluruh Selangor, KL & Putrajaya Bermula 14 Hingga 27 Oktober Ini

Rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Cover image via The Star & Google

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi

Image via The Star

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini turut mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang baru diklasifikasikan sebagai zon merah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan kes positif Covid-19.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh KKM melalu laman sosial akaun Twitter @KKMPutrajaya. Baca ciapan penuh tersebut di bawah:

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.


Terdapat beberapa aktiviti yang dilarang semasa PKPB ini dilaksanakan

Berikut di bawah adalah aktiviti-aktiviti yang dilarang semasa PKPB:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: