seismik

Lagi Kes Positif Covid-19 Di Pusat Beli-Belah Mid Valley, The Gardens Mall & 3 Damansara

Kesemua pusat beli-belah ini telah keluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes positif Covid-19.

Cover image via Google & Agoda

London Sales Cosmetics (LSC) adalah syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di The Gardens Mall (TGM) dan Surreal by Élévatione Time Stops di Mid Valley Megamall (MVM)

Menurut laporan, pihak pengurusan berkata, pada 9 Oktober lalu pekerja berkenaan memaklumkan pihak pengurusan di LSC bahawa seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus tersebut.

"Pekerja itu bertindak mengasingkan dirinya secara kuarantin kendiri. Langkah-langkah diambil bagi membolehkannya menjalani saringan ujian Covid-19.

"Beliau disahkan positif pada 10 Oktober. Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19," kata TGM dan MVM.

Pemakluman sudah dilakukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disusuli dengan langkah pengesanan kontak

"Usaha sanitasi dan nyahkuman di tiga outlet di bawah LSC serta kawasan umum di kedua-dua pusat beli-belah itu masih dijalankan," kata kenyataan itu.

Pihak pengurusan TGM dan MVM turut memberi jaminan kepada pelanggan, penyewa serta pengunjung bahawa kesihatan dan keselamatan mereka adalah diutamakan.

Berikut di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan TGM dan MVM:

Dalam pada itu, 3 Damansara pula mengesahkan seorang pengawal keselamatannya positif Covid-19

Menurut ciapan daripada wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, pengawal keselamatan tersebut bertugas di bahagian pusat arahan bomba di pusat beli-belah tersebut.

Pekerja itu tidak bertugas sejak 9 Oktober lalu selepas rakan serumahnya disahkan positif Covid-19.

Berikut di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan 3 Damansara:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: