seismik

Cara Mohon & Semak Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 Untuk Golongan PKS

Permohonan kini boleh dibuat mulai hari ini dari 1 hingga 31 Oktober 2020.

Cover image via The Star & Astro Awani

Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan

Image via Google

Sebelum ini, umum sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha mengurangkan kesan Covid-19 ke atas perniagaan.

Kali ini, kerajaan sekali lagi melaksanakan inisiatif melalui Geran Khas Prihatin 2.0 (Pembukaan Semula) kepada golongan PKS bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 dan pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020

Menurut sumber, mereka yang ingin memohon GKP 2.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Disertakan juga lampiran soalan lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan GKP 2.0

Image via LHDNM
Image via LHDNM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi cara untuk mohon & semak kelayakan BPN 2.0:

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: