Oriental Kopi Bakal Ada Menu Dalam Bahasa Tamil, Lebih Mesra Pelanggan Pelbagai Kaum

Difahamkan, penambahbaikan itu dilakukan bersempena cawangan pertama Oriental Kopi di Kedah.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pengasas Oriental Kopi, Calvin Chan, mengumumkan bahawa pihaknya bakal memperkenalkan menu dalam Bahasa Tamil sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan restoran berkenaan lebih mesra pelanggan daripada

Menerusi satu hantaran di Threads, Calvin berkongsi keterujaannya apabila menu baharu Oriental Kopi kini tersedia dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.

Menurutnya, penambahbaikan itu dilakukan bersempena pembukaan cawangan pertama Oriental Kopi di Kedah bagi memudahkan pelanggan daripada pelbagai kaum membuat pesanan dengan lebih selesa.

Beliau turut meluahkan rasa terharu apabila rekaan menu berkenaan akhirnya berjaya disiapkan selepas melalui proses penyediaan.

"Hati saya memang terharu, nampak menu kali ini hadir dalam 3 bahasa (Melayu, Cina & Inggeris), supaya pelanggan-pelanggan daripada pelbagai kaum dan latar belakang lebih mudah dan selesa nak buat pesanan," katanya.

Dalam masa sama, Calvin memaklumkan pihak pengurusan sedang giat mencetak menu baharu itu untuk diedarkan ke semua cawangan

SAYS.com
Image via MYC

Menariknya, usaha tersebut tidak terhenti setakat tiga bahasa berkenaan apabila pihaknya turut merancang untuk memperkenalkan menu versi Bahasa Tamil dalam masa terdekat.

Langkah itu dilihat sebagai satu usaha untuk memudahkan lebih ramai pelanggan menikmati pengalaman menjamu selera di Oriental Kopi tanpa mengira latar belakang kaum dan bahasa.

Lihat posting di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS