Selamba Busking Tepi Jalan KLCC, Penyanyi Indonesia Ditegur Netizen Malaysia
Tegar difahamkan tampil memohon maaf menerusi satu sesi siaran langsung dan mengakui kesilapannya.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang penyanyi dari Indonesia, Tegar, mengadakan persembahan jalanan atau busking di kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur mengundang teguran pengguna media sosial

Menerusi satu perkongsian di Threads, penyanyi berkenaan dilihat menyanyi di laluan pejalan kaki berhampiran KLCC menggunakan mikrofon dan pembesar suara mudah alih sambil melakukan siaran langsung di TikTok.
Bagaimanapun, tindakannya itu dipersoalkan orang ramai yang mendakwa aktiviti busking di kawasan awam memerlukan kebenaran atau permit pihak berkuasa.
Seorang pengguna Threads turut mengingatkan penyanyi terbabit supaya menghormati peraturan negara yang dikunjungi.
"Bukan kalau kat Malaysia nak busking tepi jalan kena ada kebenaran ke? Kena ada permit tak silap.
"Wahai warga Indonesia, hormatlah negara orang. Nanti kena angkut, Malaysia juga salah padahal memang rules dekat sini macam tu," tulisnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna dari Indonesia yang bersetuju bahawa setiap individu perlu mematuhi undang-undang negara lain
Susulan teguran tersebut, Tegar difahamkan tampil memohon maaf menerusi satu sesi siaran langsung dan mengakui kesilapannya.
Dia juga menyatakan tidak mahu mengulangi perbuatan mengadakan persembahan di bahu jalan berkenaan.
Untuk rekod, Tegar pernah dikenali ramai menerusi lagu popular Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.
Lihat posting di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


