seismik

Pejabat Agama Daerah Klang 'Cipta Rekod', 118 Pasangan Bernikah Dalam Satu Hari Sebab PKPB

Selamat pengantin baru :)

Cover image via Sheikh Ameer Haziq (Facebook)

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di Mukim Klang sejak 12.01 tengah malam, 9 Oktober

Oleh itu, segala aktiviti harian telah dihadkan bagi mengawal wabak Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan susulan beberapa kes yang meningkat di daerah itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Pejabat Agama Islam Daerah Klang dipenuhi ramai pasangan yang ingin menikah sebelum PKPB dilaksanakan tengah malam semalam.

Kebimbangan sekatan pergerakan dan majlis pernikahan diadakan sepanjang tempoh PKPB di Mukim Klang punca Pejabat Agama Islam Daerah Klang 'diserbu'

Menurut laporan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, walaupun ramai yang tampil, namun urusan itu berjaya diselesaikan kerana pihaknya bersedia lebih awal sebab sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku semalam.

"Alhamdulillah, 118 pasangan pengantin selamat mendirikan 'masjid'. Mereka dinikahkan secara berperingkat oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

"Bukan luar jangka sebaliknya sejak awal lagi, saya sudah meminta semua pegawai di Klang bersedia menghadapi keadaan itu. Saya tetapkan majlis akad nikah disempurnakan sepenuhnya sebelum jam 12 tengah malam tadi.

"Kalau ada keperluan selepas ni, JAIS akan melaksanakannya, bagaimanapun JAIS jangkakan hari-hari berikutnya tidak akan jadi seperti malam tadi," katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian Sheikh Ameer di Facebook, Pejabat Agama Islam Daerah Klang mengarahkan pasangan yang sudah daftar nikah pada bulan Oktober untuk melangsungkan pernikahan sebelum PKPB bermula hari ini

Tambahnya lagi, kehadirannya di situ hanyalah sebagai jurufoto pasangan pengantin untuk yang bernikah.

Begitupun, mereka tetap mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya membenarkan seramai 5 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

Tahniah buat semua pengantin yang telah selamat dinikahkan malam tadi sebelum PKPB dikuat kuasakan hari ini. Selamat pengantin baru! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: