seismik

Netizen 'Panas' Dengan Isu Kuarantin, Tapi Nota Ini Jadi Penyejuk Hati Abang Rider

"Bagus kalau dapat customer macam ni, salah satu contoh orang yang bertanggungjawab" - Abang Rider

Cover image via The Star & MStar

Sejak kes positif Covid-19 yang semakin meningkat baru-baru ini, media sosial dibanjiri luahan marah dan kecewa netizen kerana ada sesetengah pihak yang tidak kuarantin diri

Rata-rata mereka berkata kes positif ini semakin meningkat kerana sikap segelintir individu yang ambil mudah isu penularan wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, berbeza pula dengan perkongsian dari abang rider ini. Menurut sumber, dia mendapat sekeping nota yang ditulis penghuni sebuah rumah. Mereka melekatkan nota itu di grill pintu.

Gambar nota itu telah dimuat naik oleh seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran makanan di Facebook

"Assalamualaikum wbth,

Kami sekeluarga sedang menjalani tempoh kuarantin wajib di rumah (27 Sept-11 Oktober) kerana baru pulang dari Sabah. Mohon jasa baik abg2 Grab & Food Panda letak makanan di bakul yang disediakan.

Terima kasih abg2 Grab & Food Panda atas jasa baik menghantar makanan kpd kami. =)"

Rata-rata netizen memuji sikap keluarga ini yang aware dan caring dengan keadaan orang lain, bukan pentingkan diri saja.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Haa.. kan bagus kalau semua orang ada sikap prihatin macam ni? Baru lah #KitaJagaKita :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: