KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu Untuk Kawal Covid-19, Netizen Samakan Dengan 'RoboCop'
Polis Bantuan yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.
Kaedah baru berkenaan dimuat naik sendiri oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laman Facebook rasmi mereka
Baru-baru ini, (KTMB) telah mengambil inisiatif baru dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.
Ia adalah tambahan kepada kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren.
Penggunaan helmet itu masih di peringkat percubaan untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian kepada anggota Polis Bantuan (PB)
"Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan itu akan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB," katanya.
Inisiatif berkenaan telah mendapat perhatian daripada netizen di Facebook, tetapi ada juga yang berseloroh menyamakan PB dengan watak dalam filem RoboCop, Star Wars, Dragonball dan macam-macam lagi.
Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Menghiburkan betul komen-komen mereka ini ya, yang penting teruskan jaga penjarakan fizikal dan patuhi SOP okay! #KitaJagaKita