seismik

Disaman MBSA Ketika Berniaga Tak Sampai 30 Minit, Pelajar Ini Bakal Dibantu MB Selangor

Ketika disaman, dia sedang berniaga 'car booth' di Shah Alam.

Cover image via @iszlqrn (Twitter)

Azri itu dikatakan ingin mencari duit lebih sebelum memasuki semester baru

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang remaja lelaki di laman sosial Twitter berkenaan rakannya, Azri yang membuka car booth dan menjual minuman dessert, iaitu Cha Aroi Bang.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, ketika Azri sedang mencari rezeki dan hasil jualan ketika itu baru hanya RM75, tiba-tiba dia didatangi oleh pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak MBSA telah menyaman Azri sebanyak RM300. Maka disebabkan hal itu, pemilik tweet tersebut telah memuat naik video ketika Azri disaman dengan kapsyennya "Kisah sedih hari ini".

Berikut di bawah adalah video yang dikongsi oleh rakan Azri:

Tak jadi marah sebab kehadiran seorang aunty di tempat kejadian

Selepas disaman, ramai yang datang kepada mereka, termasuk seorang wanita warga emas berbangsa Cina.

"Nasib ada aunty ni, terus tak jadi marah. Paling touching aunty ni kata; salah ke budak muda nak berniaga untuk cari duit lebih"

"Bukan korang mencuri dekat sini, aunty respect korang punya titik peluh cari rezeki halal" - Aunty

"Tapi alhamdulillah sebelum balik ramai orang beli air sebab nampak kitorang kena saman. Terima kasih semua!"

Video itu tular sehingga mendapat perhatian daripada Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari

Susulan daripada video tular itu yang mendapat lebih 36,000 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis, MB Selangor telah menghubungi @iszlqrn untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Beliau juga telah menghubungi pihak MBSA untuk membantu Azri berniaga di sekitar Shah Alam.

Alhamdulillah, semoga bantuan yang diberikan oleh MB Selangor dapat memudahkan urusan pelajar ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: