seismik

"Macam Inilah Baru Betul" - Netizen Gembira Lihat Ustaz Ebit Lew & UPSI Saling Bekerjasama

Alhamdulillah, semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan kerahmatan kepada ustaz.

Cover image via Ebit Lew (Facebook)

Umum sedia maklum, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) telah menyediakan 20 bas kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini

Begitupun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana UEL perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagaimanapun, UEL sekali lagi tampil membantu pelajar untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan mereka terkandas di institusi akibat penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Melalui perkongsian di Facebook rasminya, UEL telah menghantar 2 lagi bas untuk pelajar (UPSI) pulang ke Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, tular isu mengenai UEL dan MPP UPSI berhubung kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 4 Oktober lalu

Image via UPSI

UEL diminta memohon maaf secara terbuka kepada pihak pentadbiran UPSI susulan dari kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkaitan proses penghantaran pulang pelajar dengan mengikuti SOP.

Kenyataan ini membuatkan netizen berang dan kecewa kerana mereka berpendapat pihak UPSI sepatutnya bekerjasama dengan UEL untuk membantu pelajar yang terkandas, bukan sebaliknya.

Namun, beliau akur dan memuat naik status di akaun Facebook rasminya untuk tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan.

Beliau juga sedia untuk membantu mana-mana universiti lain yang memerlukan sumbangan

Naib Canselor UPSI, Dr Mohammad Shatar dan (MPP) turut bekerjasama dengan UEL malam tadi.

UEL juga beri duit poket untuk pelajar dan akan sediakan lagi 5 bas free mengikut keperluan mereka.

"Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kasih Dato VC dan pihak pentadbiran UPSI semuanya termasuk MPP dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi." kata beliau.

Netizen syukur dan doa semoga UEL dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik

Perkongsian itu ternyata telah mendapat lebih 100,000 tanda suka dan hampir 3000 share daripada netizen ketika artikel ini ditulis. UEL adalah ikon kepada rakyat Malaysia kerana sifatnya yang suka menolong tidak kira bangsa dan sentiasa berbuat baik kepada semua orang.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

"Satu hari nanti kita dah tiada. Anak inilah pengganti kita. Anak-anak inilah pemimpin masa depan. Sayangi dan bimbing mereka. Kita semua sebuah keluarga." - UEL

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: