seismik

"Terima Kasih UM!" - Pelajar Luah Rasa Terharu Dapat Pulangan Yuran RM120 Per Semester

Alhamdulillah, semoga berita baik ini buat semua student UM gembira.

Cover image via Easy Uni & The Star

Universiti Malaya (UM) telah memutuskan untuk mengurangkan yuran perkhidmatan universiti mereka sebanyak RM120 per semester menerusi Bantuan UM Prihatin

Sejak bermula semester 2 bagi Sesi 2019/2020 lagi, pihaknya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online.

Oleh itu, mengambil kira keadaan semasa, UM telah mengurangkan yuran sebanyak RM120 kepada setiap pelajar selama tiga semester.

Jumlah keseluruhan pengurangan yuran ini adalah sebanyak RM2.7 juta bagi setiap semester.

Ia adalah salah satu daripada 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi daripada pihak UM:

Pelajar UM luah rasa gembira dan terharu, ada juga yang mengharapkan universiti lain memberi bantuan yang sama

Semoga bantuan ini dapat meringankan lagi beban pelajar UM yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: