Lebih 75,000 Graduan Bakal Menganggur & Sukar Dapatkan Kerja Tahun Ini Akibat Covid-19
Macam mana dengan nasib mereka tahun depan?
Tahun 2020 sepatutnya menjadi titik permulaan karier bakal graduan tahun ini, namun kini ianya bertukar menjadi 'mimpi ngeri' kerana peluang pekerjaan yang tipis ditawarkan
Menurut laporan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kira-kira 25 peratus atau 75,000 orang daripada 300,000 graduan pada tahun ini dikatakan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, punca daripada Covid-19.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam membantu graduan yang terjejas ini.
Menerusi Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilaksanakan KPT, dianggarkan sebanyak 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka
Antara bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah kemudahan dana kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ini termasuk inisiatif program MyBrain 15 yang menawarkan MyBrain Science; Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi dan Bantuan Kewangan Pelajar OKU (Orang Kelainan Upaya).
Noraini berkata, pihaknya juga telah melaksanakan proses padanan pekerjaan kepada graduan yang masih belum bekerja dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi portal MyFutureJobs.
Selain itu, KPT turut memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro dengan kerjasama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Hal ini adalah bertujuan untuk membantu graduan mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Pelaksanaan dan pemantauan program akan bermula pada 16 Oktober depan sehingga 31 Disember dengan penempatan bermula 1 Januari 2021
Dalam pada itu, portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) menyediakan peluang pekerjaan seperti permohonan program reskilling dan upskilling, permohonan penajaan melanjutkan pengajian dan kaunseling kerjaya.
Oleh itu, seramai 20,000 graduan diijangka akan mendapat manfaat daripada program PENJANA KPT-CAP yang khususnya melibatkan lebih 100 buat syarikat dengan tiga program utama, iaitu Gig Economy, Program Berterusan Keusahawanan dan Job Matching and Replacement.