seismik

Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun, Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew

Beliau cukup terkenal dengan keperibadiannya yang suka membantu orang.

Cover image via Ebit Lew / Facebook

Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam

Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada keprihatinnya membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun ada sesetengah pihak yang dilihat 'kurang senang' dengan beliau, insan ini bagaimanapun tidak pernah kenal erti berputus asa malah terus giat menjalankan aktiviti badan kebajikannya bagi memastikan nasib golongan yang kurang bernasib baik ini terbela dan terjaga.

Di sebalik sifat terpuji yang ditonjolkan beliau ketika ini, ramai pasti tertanya-tanya siapakah insan yang bernama Ebit Lew ini sebenarnya

Sebenarnya, Ustaz Ebit Lew adalah berketurunan Cina dan beliau mula mendapat hidayah dan memeluk Islam seawal umur 12 tahun.

Selepas memeluk Islam, beliau giat mendalami ajaran ini dan tidak pernah lelah untuk cuba mengajak keluarganya memeluk Islam.

Untuk biodata penuh mengenai beliau, teruskan membaca di bawah:

  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
  • Umur: 36 Tahun
  • Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
  • Bangsa : Cina
  • Agama: Islam
  • Status : Berkahwin

Ustaz Ebit Lew telah mendapatkan pendidikan di:
  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pencapaian terbesar beliau pastilah apabila beliau dianugerahkan seorang isteri yang solehah bersama empat orang anak

Image via Google

Namun selain itu, antara pencapaian lain beliau adalah: 

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta.
  • Panel jemputan dalam beberapa slot sama ada di TV, radio dan juga turut aktif sebagai pengarang di akhbar dan majalah.
Kini selain menjadi seorang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew juga merupakan Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: