seismik

"Rumah Tu Dia Kumpul Duit Beli Sendiri" - Ustaz Ebit Menangis Dengar Kisah Wanita OKU Ini

Ya Allah, kau bantulah insan ini :(

Cover image via Ebit Lew / Facebook

Semalam viral di media sosial kisah seorang wanita OKU yang dibantu oleh anggota tentera ketika mahu keluar untuk membeli barang keperluan harian

Makcik ni OKU, dia nak pegi pasaraya NSK, tapi takde mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang2 je...

Posted by Khairul Zulkefli on Wednesday, April 8, 2020

Adegan menyentuh hati tersebut pada awalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Khairul Zulkefli dan ia telah mendapat perhatian netizen.

Menurut Khairul, wanita berkenaan dalam perjalanan ke sebuah pasar raya dengan hanya menaiki kerusi roda. Menurutnya, wanita itu sebenarnya keluar untuk membeli barang selepas mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Apa yang lebih memilukan, wanita dalam usia pertengahan umur itu hanya pergi secara berseorangan malah dirinya juga dilihat tidak memakai topeng muka bagi mengelakkan diri dari dijangkiti wabak Covid-19.

Susulan itu, seorang anggota tentera bertindak mendekati wanita tersebut dan memakaikannya topeng muka dan juga sarung tangan.

Suasana pilu itu telah menyebabkan rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak dan juga sedih dengan nasib yang menimpa wanita OKU itu.

Turut terkesan dengan kisah sedih itu adalah penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit yang kini giat membantu insan dalam kesusahan tidak ketinggalan menziarahi wanita malang ini. Perkara itu telah dikongsikan oleh beliau di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik

Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu. Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP. Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.

Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.

Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.

Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua

Saya dah ambil nombor adiknya di Singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan yer. Saya minta beliau doakan saya.

PERTUBUHAN KASIH UMAT MALAYSIA.
CIMB 8603546376

Sebaknya baca. Semoga insan ini berjaya bertemu dengan ibunya kelak.

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

Posted by SAYS on Tuesday, April 7, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: