"Hak Orang" Lelaki Ini Ajar Cara Pulang Semula Wang BPN Jika Tersalah Masuk Ke Akaun Anda
Alhamdulillah...
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN
Bantuan tersebut diberikan bagi membantu setiap rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Selain golongan B40, golongan lain yang turut menerima BPN kali ini adalah mereka dari golongan M40. Bantuan yang diumumkan oleh kerajaan itu sedikit sebanyak mampu melegakan rata-rata rakyat Malaysia yang sedang 'buntu' tatkala berhadapan dengan situasi getir ketika ini.
Berikut merupakan mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN:
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah - Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 - Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah - Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
- Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 - Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.
Sudah pastilah dengan bantuan yang diumumkan kali ini, ramai individu akan merasa teruja dan tidak sabar untuk menerima wang bantuan tersebut.
Namun, berbeza pula dengan individu ini apabila dia memilih untuk memulangkan semula wang BPN yang telah diterima olehnya gara-gara 'tersalah masuk'
Individu tersebut merupakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rinizan Razali.
Menurut lelaki ini, dia memilih untuk memulangkan semula wang BPN bernilai RM1,000 selepas ia 'tersalah masuk' ke dalam akaunnya dan mahu memberikannya kepada yang lebih berhak.
Berikut merupakan perkongsian penuh lelaki ini terhadap situasi yang berlaku:
Memulangkan hak pada tempat
Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018,maka sistem anggap saya golongan layak. Jadi free lah dapat BPN...maka dalam konteks ni kena realistik:-
1) Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi...Allah Maha Mengetahui
2) Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!
Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak, pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF
P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah...sekian terima kasih.
Rata-rata B40 ada yang masih tak dapat
Bye2 BPN...haha, walaupun saya pun takla banyak mana pun duit...tapi bila BPN tersalah masuk, maka pulangkan ke tempat asalnya. Rata2 B40 ada yang masih tak dapat. Maka bagi yg tersalah terima, pulangkanlah ia....kesian kat makcik bedah,pak leh lemang, kiai dolah, kak joyah dan sebagainya di kampung.
Kaedah nak pulangkan:
1) Bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia
2)Surat iringan alasan pengembalian
3) Pos ke Pejabat Belanjawan Negara
P/S: Jgn marah LHDN,ralat sistem normal la..benda kalut kadang2 ada mistake. So,bantu mereka sama.