seismik

Kini Boleh Dibuat Secara Online, Ini Cara Untuk Anda Daftar I-Akaun KWSP Melalui E-mel

Selamat mencuba!

Cover image via permohonan.my

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk membantu rakyat dengan membolehkan mereka mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP

Menurut Muhyiddin, ia adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat dalam menangani krisis ekonomi negara ketika ini susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pengeluaran KWSP Akaun 2 ini hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang individu itu mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun dan had maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM500 sahaja.

Oleh itu bagi pencarum yang belum mendaftar i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun dengan segera.


Namun oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini, pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada i-Akaun boleh didaftarkan secara online, tanpa perlu keluar ke pejabat KWSP?

Anda tidak perlu lagi risau kerana pada ketika ini pendaftaran i-Akaun sememangnya sudah boleh dibuat melalui email sahaja.

Jadi untuk anda yang masih belum membuat sebarang pendaftaran i-Akaun KWSP ini, ikuti sahaja cara serta langkah-langkah seperti di bawah:

1) Pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan kwsp.gov.my
2) Ahli KWSP boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat [email protected] berserta dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel (klik di sini untuk muat turun borang)

Image via KWSP
Image via KWSP

  • Lampiran MyKad (depan dan belakang)
  • Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
    • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
    • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
  • Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Untuk makluman, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli). Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Diingatkan, anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 2, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Thursday, April 2, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: