Lakukan 'Step' Ini Jika Status Permohonan BPN Anda Gagal Atau Amaun Kurang Dari Kelayakan
Selamat mencuba!
Pada 27 Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan insentif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN
Bantuan tersebut diberikan bagi membantu setiap rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Kategori mereka yang layak untuk menerima bantuan BPN adalah seperti berikut:
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 dan ke bawah - Terima sejumlah RM1,600 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Pendapatan isi rumah RM4,001 sehingga RM8,000 - Terima bantuan sejumlah RM1,000 dengan dua kali tempoh bayaran.
- Individu bujang yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah - Terima bantuan sebanyak RM800 dan dibayar untuk tempoh dua kali.
- Individu bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 - Terima bantuan berjumlah RM500 juga dengan dua kali bayaran.
Untuk bantuan kali ini, selain daripada golongan B40, mereka yang turut akan menerima insentif tersebut adalah golongan M40.
Umum mungkin sudah mengetahui bahawa permohonan baru bagi BPN ini telah dibuka pada 1 April lalu
Bagi bantuan BPN, mana-mana individu yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat dan juga pembayar cukai sedia ada tidak perlu memohon atau mengemukakan sebarang permohonan baru.
Dalam pada itu, mungkin ada dalam kalangan individu yang telah dimaklumkan bahawa status permohonan mereka tidak lulus ataupun menerima tidak seperti yang sepatutnya.
Justeru itu, untuk mereka yang mendapat status gagal atau menerima jumlah yang kurang berbanding kelayakan, ini cara yang anda boleh lakukan seperti perkongsian seorang pengguna Twitter seperti di bawah ini: