“Saya Sumpah Dia Ditangkap & Dapat Hidayah” - Pejabat Diceroboh, Ustaz Ebit Lew Rugi RM80K
Sanggupnya kamu!
Rata-rata masyarakat Islam di negara ini pastinya sudah mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew
Selain muncul dalam pelbagai program dakwah di televisyen, beliau juga kerap memuat naik perkembangannya di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Bukan itu sahaja, personaliti lembut serta sikapnya yang mudah didekati telah membuatkan ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini menyenangi serta menghargai dakwah yang dibuat oleh beliau pada hari ini.
Bagaimanapun terbaru, pendakwah bebas itu telah memuat naik status di laman Facebook bagi memaklumkan satu kejadian duka yang telah berlaku terhadap dirinya
Menerusi satu perkongsian yang dibuat Ustaz Ebit Lew di laman Facebook, beliau memaklumkan bahawa pejabat miliknya yang terletak di Bandar Baru Bangi telah diceroboh sehingga menyebabkan kerugian berjumlah hampir RM80 ribu.
Berikut merupakan perkongsian penuh beliau mengenai kejadian itu:
Office saya kena pecah. Sedihnya.
Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, laptop 2, kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit 3 dah tiada dan ada duit sikit. RM80k juga semuanya. Ya Allah tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini.
Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua ya biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha.
Apa yang lebih mengejutkan, penceroboh terbabit juga sempat meninggalkan sekeping nota kepada Ustaz Ebit Lew selepas melakukan jenayah itu
Dalam perkongsian gambar yang dimuatnaik Ustaz Ebit Lew, individu terbabit telah menulis satu nota di atas meja pendakwah bebas tersebut kerana perbuatan jenayah yang telah dilakukan.
"Ampun ya Pak, saya terpaksa," tulis individu terbabit.
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian Ustaz Ebit Lew itu turut terkejut dan bersimpati dengan nasib yang ditimpa olehnya
Selain mengucapkan takziah di atas dugaan yang menimpa pendakwah bebas itu, mereka bagaimanapun turut berharap agar urusan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan selepas ini dan beliau bakal diberikan ganjaran yang lebih baik.