seismik

[VIDEO] Penjaga Kubur Abam Terima 'Tetamu' Ketika Nak Tutup Pagar. Ini Kisah Sebenarnya...

MasyaAllah...

Cover image via Ustaz Hafiah / Instagram

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah memberikan kesan yang begitu mendalam bukan sahaja dalam kalangan rakan artis, malah juga untuk seluruh rakyat Malaysia

Buktinya, begitu ramai yang mengiringi jenazah Allahyarham semalam sehingga ada yang menyifatkan ia sebagai kematian yang dicemburui.

Bahkan selepas kematiannya, ramai pihak termasuk pendakwah bebas kemudiannya mendedahkan pelbagai amalan yang telah dilakukan oleh arwah ketika hayatnya.

Apa yang mengejutkan, terbaru seorang individu bernama Ustaz Hanafiah memuat naik sepotong video yang memaparkan kebaikan arwah Abam ketika dia masih hidup sehingga menyentuh hati netizen

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya itu, seorang penjaga kubur menceritakan detik dirinya bertemu dengan seorang wanita di kubur Abam, malam tadi.

Menerusi kapsyen yang ditulis olehnya itu, dia berkata pada sekitar jam 10:30 malam tadi, seorang wanita yang membawa anaknya menaiki motor merayu untuk menziarahi kubur Allahyarham Abam tatkala penjaga kubur tersebut ingin menutup pintu pagar tanah perkuburan itu.

Berdasarkan video berdurasi 1:57 saat yang dikongsikan olehnya itu, penjaga kubur tersebut berkata pada awalnya dia menolak permintaan wanita berkenaan untuk menziarahi kubur arwah kerana hari sudah terlalu lewat malam

Namun, permintaan wanita itu dipenuhi juga pada akhirnya dan dia menunjukkan kepada dua beranak tersebut kubur milik Abam.

Tanpa disangka-sangka, wanita tersebut sebenarnya adalah individu yang pernah dibantu oleh Abam ketika hayatnya. Kata penjaga kubur terbabit, wanita itu memaklumkan bahawa Allahyarham Abam telah menampung segala perbelanjaan anak-anaknya untuk ke sekolah.

MasyaAllah, sungguh mulia hatimu Abam. Semoga Allahyarham tenang di sana.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: