UNIQLO Malaysia Sediakan Pusat Pakaian Sehenti Untuk Gelandangan Di KL. Percuma!
Semua pakaian adalah sumbangan daripada pelanggan UNIQLO sendiri.
Bayangkan perasaan gelandangan yang selama ini tidak mampu merasa pakai pakaian yang selesa dan mahal, mesti mereka happy!
UNIQLO Malaysia telah melancarkan program kebajikan mereka yang pertama dengan menyediakan pusat pakaian untuk gelandangan di sekitar ibu kota, dimana semua pakaian yang disediakan adalah hasil sumbangan daripada customer UNIQLO sendiri.
Ini adalah salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk membantu golongan gelandangan berkenaan memulakan kehidupan yang baru dan lebih selesa berbanding dulu. Sudut pakaian tersebut bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang menyediakan tempat dan pelbagai aktiviti untuk menceriakan kehidupan gelandangan.
Dengan adanya bantuan seperti ini, mereka yang ingin mencari pekerjaan boleh memakai pakaian yang lebih kemas untuk memulakan kehidupan baru
Antara sumbangan daripada pelanggan UNIQLO adalah pakaian kasual, pakaian sukan, pakaian kerja dan lain-lain.
Inisiatif daripada UNIQLO ini telah mendapat banyak komen positif daripada netizen melalui Facebook dan ramai yang berharap supaya bantuan seperti ini dapat diteruskan.
Antara komen menarik daripada netizen di Facebook: