Warga Emas Turut Perlukan Teman Hidup, Keperluan Sosial Tidak Wajar Dipandang Remeh

Hannah Yeoh berkata, keperluan sosial yang tidak dipenuhi boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan mental golongan berkenaan.

Cover ImageCover image via BERNAMA & el jusuf/Pexels

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keperluan sosial warga emas termasuk persahabatan dan teman hidup perlu diberi perhatian, selain aspek kesihatan serta kewangan yang sering menjadi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, masyarakat tidak seharusnya menganggap warga emas yang tinggal bersendirian atau kehilangan pasangan sudah tidak memerlukan teman dan hubungan sosial.

Menurutnya, keperluan sosial yang tidak dipenuhi boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan mental golongan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan program untuk warga emas ketika ini lebih tertumpu kepada pemeriksaan kesihatan, sedangkan aspek sosial juga memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka.

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh

Image via BERNAMA

Sehubungan itu, Hannah berpandangan ruang yang selamat perlu disediakan bagi membolehkan warga emas berinteraksi dan berkenalan, termasuk meneroka platform perkenalan khas untuk golongan berkenaan

"Kita perlu mula melihat kepada penyediaan platform perkenalan yang selamat untuk warga emas, selain ruang yang membolehkan mereka keluar bergaul dan berinteraksi. Kita juga tidak boleh menafikan bahawa mereka memerlukan teman hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbahasan panel bertajuk Built for Every Age: The Cities, Work and the Environments That Extend Health and Enterprise sempena Silver Economy Forum.

Perbincangan itu menyentuh pembangunan bandar, persekitaran dan ekonomi yang mampu menyokong kesejahteraan masyarakat pada setiap peringkat usia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS