Raih Gelaran ‘Streamer Of The Year’ Kali Ketiga, IShowSpeed Berucap Guna Bahasa Indonesia

Kemenangan itu turut mencipta sejarah apabila Speed menjadi pencipta kandungan pertama memenangi gelaran Streamer of the Year sebanyak tiga kali berturut-turut sejak 2024.

Cover ImageCover image via Speedy Boykins (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Personaliti media sosial dan penstrim terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed mencuri perhatian ramai apabila menyampaikan keseluruhan ucapan kemenangannya dalam bahasa Indonesia pada majlis The Streamer Awards 2026 baru-baru ini

Momen tersebut berlaku selepas pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr., 21, diumumkan sebagai pemenang kategori utama, Streamer of the Year.

Mengenakan jaket kulit merah putih, Speed dilihat fasih dan bersahaja ketika mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya di hadapan ribuan penonton.

"Terima kasih banyak semuanya. Aku mula dari sifar, cuma anak kecil dengan mimpi besar.

"Kalian sudah bersamaku dari awal, kalian bukan cuma penggemar, kalian keluargaku. Aku tidak akan berhenti, aku akan terus berjuang untuk kalian. Aku cinta kalian semuanya!"
katanya.

Dia kemudian melakukan aksi backflip yang sinonim dengan dirinya

Kemenangan itu turut mencipta sejarah apabila Speed menjadi pencipta kandungan pertama memenangi gelaran Streamer of the Year sebanyak tiga kali berturut-turut sejak 2024.

Dia berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Jynxzi, CaseOh, Stable Ronaldo dan Joe Bartolozzi.

Selain trofi utama, Speed turut membawa pulang anugerah Best IRL Streamer yang didedikasikan khas buat pasukan produksinya.

Terdahulu, klip ucapan kemenangannya berdurasi kurang seminit itu tular di media sosial sehingga ada netizen menyangka video berkenaan disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, rakaman siaran langsung acara tersebut mengesahkan Speed benar-benar bertutur dalam bahasa Indonesia secara spontan sebagai tanda penghargaan kepada peminatnya di Asia Tenggara.

Untuk rekod, Speed mula mempelajari bahasa Indonesia secara sendiri ketika siri jelajah Asia Tenggara pada September 2024. Sepanjang kunjungan itu, dia turut mencipta rekod tontonan siaran langsung tertinggi ketika berada di Jakarta, Bali dan Yogyakarta.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik