Anwar Ibrahim Duduki Tangga Ke-13 Sebagai Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Terbaiklah PMX!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia menerusi penerbitan The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi 2027

Senarai tahunan terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang berpangkalan di Jordan itu menghimpunkan 500 tokoh Muslim berpengaruh dari seluruh dunia.
Menurut laporan Sinar Harian, pengaruh Anwar dinilai berdasarkan kepimpinan politik, pembangunan ekonomi serta peranan diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa.
Antara perkara yang diketengahkan termasuk pelaksanaan kerangka Malaysia MADANI, usaha memperkukuh ekonomi negara serta pembangunan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.
Peranan Anwar dalam usaha meredakan konflik sempadan Thailand-Kemboja pada Julai 2025 ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN turut diberikan perhatian.
Selain itu, pendirian beliau dalam memperjuangkan isu Palestin dan memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Gaza turut menjadi antara aspek yang dinilai

Dalam senarai sama, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berada di kedudukan ke-16, manakala Pengerusi Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf di tempat ke-21.
Penerbitan The Muslim 500 menilai pengaruh tokoh berdasarkan pelbagai bidang termasuk politik, agama, pendidikan, ekonomi, kebudayaan serta sains dan teknologi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via